COVID-19: Pulau Besar ditutup

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

PENGKALAN BATU 29 Okt. – Kerajaan negeri mengambil keputusan menutup sementara Pulau Besar kepada pengunjung bermula semalam.

Jelas Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, langkah itu diambil bagi mengelakkan apa jua perhimpunan termasuk Sambutan Maulidur Rasul di pulau itu yang mampu mencetuskan kemunculan kluster baharu COVID-19.

Katanya, perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri yang tidak membenarkan program berskala besar diadakan di negeri ini.

Namun katanya, acara atau perjumpaan dalaman berskala kecil adalah dibenarkan.

“Program berskala besar melebihi jumlah yang telah ditetapkan adalah dilarang sama sekali malah kita tidak mahu dalam tempoh ini akan muncul kluster baharu.

SULAIMAN merasmikan program Ziarah Prihatin sempena Sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M di Pusat Islam MAIM pagi tadi.

“Kehadiran pengunjung ke Pulau Besar juga bukan hanya dari negeri ini, namun mereka juga dari negeri lain yang berkemungkinan dari kawasan zon merah,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Ziarah Prihatin sempena Sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M di Pusat Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), di sini pagi tadi.

Sementara itu, seramai 213 asnaf membabitkan setiap parlimen di negeri ini telah menerima bantuan sempena sambutan Maulidur Rasul di kediaman masing-masing, hari ini.

Program Ziarah Prihatin sempena Sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M di Pusat Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah dirasmikan Sulaiman.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

SULAIMAN ketika merasmikan program Ziarah Prihatin sempena Sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M di Pusat Islam MAIM pagi tadi.

Pada program terbabit, lebih lima buah kenderaan telah dilepaskan Sulaiman di perkarangan pusat tersebut sekitar jam 9 pagi tadi sebelum menuju ke lokasi kediaman asnaf yang terlibat.

Views:

321
Kongsi :
Previous post Belanjawan Melaka 2021: Cadang peruntukan RM5 juta perkasa usahawan Bumiputera
Next post Melaka United elak ‘ditendang’
Ubah saiz-+=