Belanjawan Melaka 2021: Cadang peruntukan RM5 juta perkasa usahawan Bumiputera

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 29 Okt. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Melaka mencadangkan Melaka memperuntukkan kira-kira RM5 juta dalam pembentangan Bajet Melaka 2021 November depan bagi memperkasakan pembangunan usahawan.

Yang Dipertuanya Abd Halim Husin berkata, usaha itu antara yang perlu diberikan penekanan agar usahawan Bumiputera mampu bertahan dalam situasi ekonomi semasa yang sedikit perlahan akibat wabak COVID-19.

“Kita harap supaya peruntukan diberikan kepada peniaga-peniaga di negeri ini, selain mewujudkan satu kawasan khas yang lebih sesuai untuk mereka berniaga.

“Kedua, kita harap supaya wakaf-wakaf di Melaka dapat digunakan dengan lebih baik seperti wakaf tanah-tanah pertanian yang boleh diusahakan.

“Selain wakaf kewangan yang terdapat dalam masjid-masjid yang ada supaya digunakan untuk menjana pembangunan umat Islam di melaka,” katanya ketika dihubungi MHI.

Jelasnya, DPMM Melaka juga sedang membuat promosi ‘repayment’ dan ‘refinancing’ kepada peniaga-peniaga di negeri ini bagi meringankan beban pinjaman mereka.

“Adanya usaha ini mereka tidak akan terjebak dalam pinjaman wang yang tidak berlesen atau pun Ah Long.

“Ini fokus utama DPMM Melaka bagi mengurangkan beban peminjam, kita harap Bank Negara akan bantu mendapatkan ‘free interest’ kepada mereka sepanjang moratarium ini,” katanya yang turut memaklumkan.

Views:

712
Kongsi :
Previous post Koridor Ayer Keroh perkasa sektor pelancongan
Next post COVID-19: Pulau Besar ditutup
Ubah saiz-+=