
Melaka United elak ‘ditendang’
PENGKALAN BATU 29 Okt. – Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) yakin Melaka United tidak akan ‘ditendang keluar’ dari saingan Liga Malaysia (Liga-M) tahun depan, susulan isu perlesenan kelab.
Presidennya, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, isu membabitkan perlesenan kelab itu dijangka selesai sebelum tempoh tamat dua hari yang diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Ada beberapa dokumen masih diperlukan oleh persatuan bagi melengkapkan perkara ini dan proses berkaitan masih dilakukan oleh MUSA ketika ini.
“InsyaAllah kita boleh selesaikan (masalah lesen) sebelum tarikh tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Ziarah Prihatin sempena sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020Mdi Pusat Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), di sini hari ini.
Media tempatan melaporkan, dua pasukan iaitu Pahang dan Melaka United berdepan risiko disingkirkan dari senarai Liga-M musim depan apabila masih gagal menyerahkan dokumen berkaitan kepada Pengerusi First Instance Body (FIB) Perlesenan Kelab FAM.
Perkara itu termasuk dokumen berkaitan melibatkan agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Views:
Related


Berita Lain
INISIATIF JENGKAUT MINI: PROSES GALI KUBUR KINI SIAP KURANG SATU JAM
KUALA LINGGI 12 Julai - Proses menguruskan pengebumian jenazah umat Islam di Melaka menjadi lebih efisien dan cepat menerusi pelaksanaan...
PELANTAR TINJAU BAKAL SERLAH PESONA SUNGAI KESANG
SUNGAI RAMBAI 11 Julai – Pengunjung bakal menikmati panorama Sungai Kesang dari sudut pandangan baharu menerusi pembangunan lookout point (pelantar...
NAIK TARAF PASAR WILAYAH TAMAN KOTA LAKSAMANA TINGKAT KESELESAAN PENIAGA
KOTA LAKSAMANA 12 Julai – Kerja naik taraf Pasar Wilayah Taman Kota Laksamana dengan peruntukan keseluruhan hampir RM1 juta memberi...
MERCU TANDA ‘I LOVE’ BERMULA DI KESIDANG
KESIDANG 12 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang menjadi perintis kepada penggunaan papan tanda berkonsepkan 'I LOVE' yang kini...
SUMBANGAN PERALATAN PERNIAGAAN KETUA MENTERI BERMAKNA BUAT PENIAGA KECIL
KUALA LINGGI 11 Julai - Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan peniaga kecil terus dizahirkan menerusi penyerahan bantuan peralatan perniagaan berupa...
TAWARAN ISTIMEWA ZOO MELAKA SEMPENA HARI HARIMAU SEDUNIA, 25 JULAI INI
AYER KEROH 11 Julai - Bersempena Hari Harimau Sedunia pada 25 Julai ini, Zoo Melaka menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Doodle...
