
Kembara Seri Setia MBMB tawar hadiah bernilai RM20,000
AYER KEROH 4 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengalu-alukan orang ramai menyertai Kembara Seri Setia Sempena Hari Kebangsaan 2023 pada 12 Ogos ini bagi merebut hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata para peserta akan menyertai kembara berkenaan sejauh 259.7 kilometer bermula di Dataran Bandaraya MBMB merentasi tiga daerah di Melaka.
“Untuk makluman semua, kembara ini melibatkan perjalanan dalam semua daerah di Negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.
“Penyertaan terhad kepada 500 peserta sahaja dan tarikh tutup pendaftaran pada 12 Julai (Rabu) ini, setiap peserta diberikan baju rasmi program, pelekat motosikal, bendera, e-baucer minyak RM30 serta makan dan minum.
“Pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai RM20,000 yang menarik menanti anda termasuk tiga buah motosikal untuk dimenangi,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.
Katanya, kembara berkenaan akan berakhir di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir selepas merentasi ketiga-tiga daerah di negeri ini.
“Diharap kembara ini dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta sekali gus menyemarakkan erti kemerdekaan kepada anak bangsa dan negara,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
