
Kerusi roda khas untuk adik Naysa
BEMBAN 12 Julai – Derita adik Naysa Mohd Khairul Hakimi, berusia tiga tahun disahkan menghidap ‘Cerebral Palsy’ (CP) sejak lahir dan kerap mengalami sawan mendapat perhatian Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Menurut perkongsian menerusi Facebook rasmi MAIM, akibat masalah kesihatan itu, adik Naysa juga tidak menempuh alam kanak-kanak seperti rakan seusia yang lain dan lebih banyak menghabiskan masa terbaring.
“Syukur dengan nikmat iman dan BSAT MAIM, berpeluang menyantuni keluarga adik Naysa untuk melihat sendiri keadaan anak ini yang amat memerlukan perhatian.
“Kami di BSAT berbesar hati menyerahkan sebuah kerusi roda khas dan alat bantu pulih ‘standing frame’ untuk kegunaan adik Naysa. Alat ini juga mampu membantu proses pemulihan serta latihan fisioterapi buat adik Naysa,” katanya.
Program ziarah ke rumah adik Naysa di Taman Saujana Tehel, di sini, semalam turut disertai Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud.
Menerusi hantaran sama, difahamkan adik Naysa ketika ini masih mendapatkan rawatan rehabilitasi di hospital.
Pihak MAIM turut memanjatkan doa agar adik Naysa dapat disembuhkan dan sihat seperti insan sempurna yang lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TEKNOLOGI HIBRID BUKA DIMENSI BAHARU INDUSTRI AUTOMOTIF MELAKA
TABOH NANING 2 November - Pemasangan dua model kenderaan hibrid baharu di Pegoh menjadi satu lagi perkembangan dalam usaha memperkukuh...
PRN MELAKA: RAIS ZIARAH SENIMAN DONDANG SAYANG UZUR
SUNGAI UDANG 2 November - Pernah menghiburkan masyarakat menerusi alunan Dondang Sayang dan keistimewaan berpantun secara spontan, namun kini seorang...
DALAM DIAM TOK RAUF, YB ROSLI BANTU RINGANKAN BEBAN NELAYAN
KUALA LINGGI 2 November - Dalam diam penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah turut memainkan...
MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
GADEK 2 November - Sebanyak 195 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 95 lokasi telah disediakan di seluruh Melaka setakat...
NILAI BERDASARKAN PRESTASI, TERUSKAN KESINAMBUNGAN KEHARMONIAN DI MELAKA
TABOH NANING 2 November - Rakyat Melaka diberi mandat untuk menentukan calon bagi mewakili mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)...
ISU DALAMAN BN TANGGA BATU SELESAI SECARA KEKELUARGAAN – RAIS
SUNGAI UDANG 2 November - Isu dalaman Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tangga Batu yang sebelum ini mencetuskan dakwaan penolakan...
