
3R: Siasatan hampir selesai – KPN
KOTA BHARU, 16 Julai — Siasatan polis terhadap tiga pemimpin parti berhubung kenyataan mereka yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) sudah hampir selesai dan dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara, minggu depan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga individu terbabit ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Ketiga-tiga mereka telah memberikan kenyataan masing-masing.
“Siasatan polis juga sudah hampir selesai dan kita akan hantar kertas siasatan ke peguam negara secepat mungkin, mungkin minggu depan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) Kontinjen Kelantan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata siasatan berkaitan 3R berkenaan dilakukan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SENTUHAN TOK RAUF PASTIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA SELESA
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Meskipun infrastruktur asas di Tanjung Bidara berada pada tahap baik, aspek penyelenggaraan serta keperluan kecil...
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
7 TAHUN DALAM ‘GELAP’, HAMDAN RINDU KEMBALI BEKERJA
KOTA LAKSAMANA 3 Oktober - "Meskipun tahu mata saya mungkin tidak akan pulih sepenuhnya, harapan saya cuma satu, untuk terus...
ZOO MELAKA ADA ‘BOARDWALK’ BAHARU, PENGUNJUNG LEBIH SELESA
AYER KEROH 3 Oktober - Laluan pejalan kaki atau 'boardwalk' sepanjang kira-kira 800 meter di Zoo Melaka kini dinaik taraf...
MAIM NAFI PREMIS PANEL NAIKKAN HARGA BARANG BANTUAN
AYER KEROH 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan dakwaan premis panelnya mengenakan harga jualan tinggi kepada penerima...
RESTORAN ARAB ‘KANTOI’ SOROK 230KG MINYAK MASAK SUBSIDI DALAM TIMBUNAN SAMPAH
PENGKALAN BATU 2 Oktober - Taktik sebuah restoran makanan Arab menyembunyikan kira-kira 230 kilogram minyak masak bersubsidi di sebalik timbunan...
