
Sukan Piala Ketua Menteri: Sasar satu kampung, satu pasukan
SERI NEGERI 2 Ogos – Kejohanan sukan Piala Ketua Menteri yang dijangka bermula pertengahan bulan ini diharap dapat disertai wakil-wakil pasukan dari setiap kampung.
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata, untuk itu, pihaknya akan meminta setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini untuk menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan pada kejohanan tersebut.
Jelasnya, ia bagi mencerminkan semangat kesukanan sebenar rakyat Negeri Melaka.
“Sebanyak lima sukan akan dipertandingkan pada kejohanan ini iaitu bola sepak, futsal, sepak takraw, bola jaring dan bola keranjang.
“Kejohanan ini akan bermula pertengahan Ogos dan dijangka berakhir pada Oktober depan.
“Kita jangkakan sukan bola sepak akan bermula dahulu memandangkan ia sukan nombor satu di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Ends//
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
