
Lelaki dipercayai hilang dalam banjir kilat
SEREMBAN, 4 Nov (Bernama) — Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Jalan Rasah, Taman Happy di sini, awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohamad Idris berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seramai 30 anggota bomba dan pegawai bersama empat jentera telah dikerah ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa yang terjejas.
“Seramai 20 mangsa telah diselamatkan bagaimanapun lelaki berkenaan dihanyutkan arus deras dan kami akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut Mohamad, hujan lebat sekitar 1 pagi itu telah menyebabkan sungai berhampiran melimpahkan air ke kawasan rumah penduduk.
“Banjir sudah reda dan surut sepenuhnya kira-kira 6 pagi tadi, namun kami sentiasa bersedia berikutan musim hujan di sini,” katanya.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA PERKENAL PELBAGAI PRODUK PELANCONGAN BAHARU TAHUN DEPAN
DUYONG 26 Oktober - Melaka akan membawakan pelbagai produk pelancongan baharu bersempena Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia...
BINAAN BAHARU MELAKA DIBERI NAMA PAHLAWAN MELAYU – KM
DUYONG 25 Oktober - Setiap binaan baharu di negeri ini akan diberi nama pahlawan-pahlawan Melayu Melaka, umum Ketua Menteri Datuk...
MELAKA MARTABAT MAKANAN, BUSANA TRADISIONAL
DUYONG 26 Oktober - Melaka menggunakan pendekatan kreatif memartabat makanan tradisional menerusi Festival Seni Selat Melaka dan Festival Sungai Melaka...
MELAKA UMUM 7 INISIATIF BAHARU PELANCONGAN
DUYONG 25 Oktober - Sempena Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, Melaka memperkenalkan tujuh inisiatif pelancongan baharu....
JAMBATAN DANG MERDU WATI IKON BAHARU SUNGAI MELAKA
DUYONG 25 Oktober - Jambatan baharu di Sungai Melaka bakal menjadi satu lagi ikon baharu yang bukan sahaja memudahkan orang...
MELAKA ANGKAT SEMANGAT PELANCONGAN BUDAYA
DUYONG 25 Oktober - Meraikan kepelbagaian seni, budaya, selain warisan Selat Melaka menjadi antara keunikan yang dibawa pada Festival Seni...

