
Lelaki dipercayai hilang dalam banjir kilat
SEREMBAN, 4 Nov (Bernama) — Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Jalan Rasah, Taman Happy di sini, awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohamad Idris berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seramai 30 anggota bomba dan pegawai bersama empat jentera telah dikerah ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa yang terjejas.
“Seramai 20 mangsa telah diselamatkan bagaimanapun lelaki berkenaan dihanyutkan arus deras dan kami akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut Mohamad, hujan lebat sekitar 1 pagi itu telah menyebabkan sungai berhampiran melimpahkan air ke kawasan rumah penduduk.
“Banjir sudah reda dan surut sepenuhnya kira-kira 6 pagi tadi, namun kami sentiasa bersedia berikutan musim hujan di sini,” katanya.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: BN-PN MENANG 24 KERUSI DUN, PEROLEH MAJORITI DUA PERTIGA – SPR
AYER KEROH 14 November - Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan...
PRN MELAKA: POLITIK DIGITAL MEDIUM PENTING KEMPEN
AYER KEROH 14 November - Pendekatan kempen secara digital yang semakin meluas perlu menjadi sebahagian daripada strategi komunikasi ahli UMNO...
PRN MELAKA: MOMENTUM ‘GELOMBANG BIRU’ BUKTI RAKYAT PILIH REKOD PENCAPAIAN, TOLAK RETORIK POLITIK
AYER KEROH 14 November - Kejayaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN AKAN BENTUK KERAJAAN STABIL, KUKUH, BERWIBAWA
AYER KEROH 14 November - Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan terus diperkukuh bagi memastikan...
ADLY TIDAK TERKEJUT, HORMATI KEPUTUSAN PENGUNDI
BUKIT KATIL 14 November – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari tidak terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN)...
PRN MELAKA: KEMENANGAN HATRIK BUKAN ALASAN UNTUK BERMEGAH – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 14 November - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...

