
Pelajar maut, motosikal terbabas
KLEBANG 31 Ogos – Pelajar lelaki tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggang terbabas dalam kejadian di jalan Persisiran Pantai Klebang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Muhammad Thaqif Mohd Firdaus, 16, disahkan maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah.
Christopher berkata, ketika kejadian Muhammad Thaqif menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z seorang diri.
“Berdasarkan siasatan awal, terdahulu sebelum kemalangan mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Melaka menghala ke Pantai Puteri.
“Namun sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri,” katanya.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.
“Pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut masih diteruskan.
“Motosikal mangsa kini ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi tindakan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK AJAK RANCAKKAN PEMBANGUNAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 24 Oktober - Prihatin terhadap keperluan belia sekitar Padang Temu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
39 PERSIMPANGAN MELAKA DILENGKAPI LAMPU ISYARAT PINTAR
AYER KEROH 24 Oktober - Sebanyak 39 persimpangan strategik di Melaka dilengkapi sistem Lampu Isyarat Pintar (STL) sejak 2023 hingga...
DILEMA TUKANG BOT, MENCARI ‘TANGAN BAHARU’ PENYAMBUNG LEGASI
SERKAM 24 Oktober - Di sebalik bot nelayan yang berulang-alik ke laut, terdapat kemahiran membaiki badan bot, memasang gentian kaca...
TUMINAH BERI BAYANGAN MAHU PERTAHAN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 24 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim memberi bayangan...
PRN MELAKA: ‘TAK BERTANDING TAK APA, YANG PENTING BN MENANG’ – DR. AKMAL
JASIN 24 Oktober - Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan kesediaannya menerima apa juga keputusan pucuk...
PRN MELAKA: AB RAUF MAHU BN-PAS BERGERAK SEIRING, JANGAN ADA DUSTA
JASIN 24 Oktober - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 perlu diterjemahkan...
