
Bola sepak kanak-kanak jadi acara TMM2024
TELOK MAS 16 September – Seramai 1,000 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun berentap pada Kejohanan Bola Sepak Kiddo Kickers 2023 Kali Ke-8 yang diadakan di SMK Pernu, di sini, hari ini.
Kejohanan membabitkan 60 pasukan dalam kategori bawah 8 tahun, bawah 10 tahun dan bawah 20 tahun itu dirasmikan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.
Abdul Razak berkata, selain merebut kejuaraan, kejohanan itu juga berupaya mencungkil bakat pelapis bola sepak tanah air.
Pada masa sama, beliau turut melihat penganjuran itu memberi impak positif dalam sub sektor pelancongan sukan untuk menarik pelancong ke negeri ini.
“(Justeru) saya meminta supaya penganjur memohon kepada Tourism Melaka untuk menjadikan kejohanan Kiddo Kickers ini dimasukkan ke dalam jadual Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...
