Ab Rauf pacu Melaka ke tahap lebih baik

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Berwawasan jauh dan mempunyai visi serta misi lebih jelas merupakan antara keperibadian Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang perlu disanjung.

Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Mohd Saleh Jusman berkata, pengalaman luas pemimpin negeri itu dalam pelbagai bidang, khususnya perniagaan dan korporat berjaya memacu negeri ini ke satu tahap lebih tinggi.

“Selaku ketua agensi yang berkhidmat di bawah pentadbiran beliau saya melihat Ketua Menteri bukan sahaja mudah didekati, bahkan mempunyai matlamat yang jelas untuk membawa Melaka ke suatu tahap lebih baik.

“Terutamanya fokus beliau di dalam bidang pembangunan hartanah dan perindustrian, selain bidang-bidang lain yang berupaya menjana ekonomi negeri dan rakyat secara keseluruhannya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Mohd Saleh, selain memfokuskan kepada bidang ekonomi, sektor pelancongan di bawah kepimpinan Ab Rauf juga turut berubah menjadikan negeri ini kembali menjadi destinasi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Dengan pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), kita dapat melihat banyak acara atau program yang tidak dijangka dianjurkan Kerajaan Negeri dan ini berjaya membuatkan pelancong teruja.

“Jadi, saya percaya segala perancangan yang dibuat akan menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan terkenal dalam kalangan pelancong,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

179
Kongsi :
Previous post Akademi Dalam Industri, sedia pekerja mahir
Next post Kongsi rezeki, agih bubur lambuk
Ubah saiz-+=