‘Abang rider’ sanggup redah banjir 500 meter hantar makanan

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 Jan – Atas dasar tanggungjawab dan simpati dengan nasib mangsa banjir, seorang penghantar makanan e-hailing sanggup meredah banjir dengan berjalan kaki sejauh hampir 500 meter di Taman Angkasa Nuri, di sini, hari ini.

Muhammad Safiy Aqil, 22 berkata, walaupun tugas itu lebih melelahkan berbanding kebiasaan, namun anak muda itu menganggapnya sebagai asam garam dunia pekerjaan.

Katanya, sejak pagi tadi, dia telah meredah banjir sebanyak dua kali apabila menerima tempahan di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir.

“Pagi tadi saya menghantar makanan di Bachang dan terpaksa redah air dan kini di Taman Angkasa Nuri pun situasinya sama.

“Walaupun banjir, kerja tetap kerja. Demi tugas dan tanggungjawab dan rasa simpati terhadap mangsa saya kena harung juga.

“Lagipun ini soal periuk nasi juga. Sama ada banjir atau tidak, saya tetap perlu keluar bekerja,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas menghantar makanan kepada mangsa banjir di taman berkenaan.

Penghantar makanan, Muhammad Safiy Aqil, 22 menghantar makanan yang dipesan pelanggannya dalam keadaan banjir di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Dalam pada itu, tinjauan Melaka Hari Ini di sekitar Taman Angkasa Nuri mendapati situasi banjir masih belum pulih.

Setakat jam 4 petang tadi, paras air masih belum berkurangan dan beberapa jalan itu masih belum dapat diakses kenderaan ringan.

Malah turut kelihatan beberapa kenderaan tersangkut apabila cuba meredah air di kawasan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1431
Kongsi :
Previous post Hujan berterusan dijangka masih landa Melaka, lima negeri sehingga esok
Next post Banjir: Melaka bah akibat limpahan air sungai negeri jiran – Exco
Ubah saiz-+=