
ADUN Klebang santuni warga Kampung Pokok Asam
KLEBANG 22 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong meneruskan jelajah DUN Klebang bagi menyantuni dan mendengar sendiri isu yang dihadapi penduduk setempat.
Menerusi laman Facebook rasminya pada 18 Jun lalu, beliau memuat naik hantarann mengenai Jelajah DUN Klebang ke Kampung Pokok Asam.
Ban Hong turut membuat ziarah kasih bersama kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung tersebut di beberapa rumah penduduk kampung.
“Saya sempat menziarahi beberapa penduduk di Kampung Pokok Asam di sini yang tidak sihat dan berkemampuan.
“Dalam siri jelajah DUN Klebang ini juga sempat saya menyantuni golongan kurang bernasib baik dan mendengar apa antara permasalahan yang dihadapi mereka selain menyampaikan bantuan kit bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya.
Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik beliau juga sempat berjumpa dengan pemimpin masyarakat sekitar DUN tersebut bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang solusi isu-isu membabitkan kawasan sekitar DUN Klebang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
