
ADUN Slim meninggal dunia
IPOH 15 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, petang ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.
“Jenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana,” katanya.
Menurutnya berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.
Terdahulu, berita kematian ADUN itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin UMNO negeri dan pusat.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KEUNTUNGAN PERNAMA DIKEMBALIKAN KEPADA WARGA ATM
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan akan mengehadkan keuntungan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) bagi memastikan manfaatnya dikembalikan kepada...
PERUNTUKAN PROGRAM EKONOMI MADANI ATM DITINGKATKAN KEPADA RM1.5 JUTA
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan (MINDEF) meningkatkan peruntukan Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada RM1 juta...
RM35,000 NAIK TARAF PRASARANA SRA JAIM KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 15 Oktober - Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kem Terendak terpilih sebagai Sekolah Angkat MADANI Lembaga Tabung Angkatan...
PRN MELAKA: RAIS MAHU PARTI POLITIK BERKEMPEN SECARA SIHAT
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Barisan Nasional (BN) mahu memastikan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung secara sihat tanpa...
HITS@PERNAMA TAWAR HARGA ISTIMEWA KEPADA WARGA ATM, KELUARGA TANPA HAD KUOTA
SUNGAI UDANG 15 Oktober– Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk anggota yang sedang berkhidmat, veteran dan keluarga mereka, kini boleh...
HUGE 2026 PERKUKUH KEMAHIRAN, PACU DAYA SAING PELANCONGAN MELAKA
TABOH NANING 15 Oktober - Penguasaan teknologi, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) terus diberi penekanan dalam usaha memperkukuh kompetensi tenaga...
