Agih ayam, kangkung percuma untuk komuniti Tanjung Bidara

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TANJUNG BIDARA 7 April. – Anggota komuniti dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di sini hari ini mengukir senyuman lebar apabila menerima ayam dan sayur percuma.

Sebanyak 450 ayam dan 250 kilogram (kg) sayur segar diagihkan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara kepada anggota komuniti berkenaan.

Ayam dan sayur yang dibawa terus dari ladang itu adalah sebahagian daripada Kit Makanan 3.0 Fasa II yang disumbangkan bagi membantu meringankan beban orang ramai yang terkesan akibat pendemik COVID-19.

Ia disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Md Rawi Mahmud melalui konsep pandu lalu di perkarangan JAPERUN itu.

PETUGAS menyediakan ayam segar dari ladang untuk diagihkan kepada 450 penerima sumbangan Kit Makanan 3.0 Fasa II di perkarangan JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah hari ini.

Md Rawi berkata, Kit Makanan 3.0 Fasa I yang diberikan pada 24 Februari lalu menyediakan sayur kangkung, sawi dan bendi untuk dipilih oleh orang ramai tetapi kali ini hanya kangkung yang disediakan.

“Kali ini kami menambah bahan makanan dengan memberikan seekor ayam untuk setiap 450 penerima dari pelbagai kampung dan taman perumahan.

“Kami turut memberikan sumbangan beras, minyak masak dan bahan makanan lain bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini,” katanya ketika ditemui di lokasi itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

421
Kongsi :
Previous post KenTeam beri nafas baharu kepada MUFC – Sulaiman
Next post JSJN Melaka lupus dadah bernilai RM180,000
Ubah saiz-+=