Agong kurnia watikah lantikan Ahli Majlis MAIM

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 April – Seramai 15 ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima watikah lantikan dikurniakan Yang di Pertuan Agong (YDPA) Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli dalam upacara diadakan di Hotel DoubleTree, di sini, pagi tadi.

Dalam majlis dimulakan jam 10.22 pagi, Ketua Menteri merangkap Pengerusi MAIM, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengetuai penerima watikah berkenaan, disaksikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Antara yang menerima lantikan sebagai Ahli Majlis adalah Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud, Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim serta Ahli Majlis yang lain.

Watikah yang disampaikan itu adalah lantikan Ahli Majlis yang mula berkuatkuasa 20 April 2020 hingga Oktober 2022 yang termaktub mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri Melaka.

Sejurus upacara dijalankan Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau terlibat.

Sumbangan berkenaan membabitkan Masjid Al Azim, Masjid Al Sultan Abdullah, Masjid Tanah dan Surau Batu, Ujong Pasir.

Upacara yang diadakan hari ini sekali gus menutup lawatan dua hari Paduka Baginda bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah ke negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

711
Kongsi :
Previous post Jualan kenderaan naik kepada 73,222 unit pada Mac – MAA
Next post Kes Macau Scam di Negeri Sembilan meningkat, catat kerugian lebih RM4 juta
Ubah saiz-+=