
Agong zahir tahniah kepada SPRM sempena ulang tahun ke-53
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena sambutan ulang tahun ke-53 agensi itu pada 1 Okt lalu.
Istana Negara dalam catatan Facebook rasmi memaklumkan Seri Paduka amat menyanjung tinggi khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan warga SPRM, termasuk bekas kakitangannya dalam perjuangan memerangi jenayah rasuah.
“Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan penuh warga SPRM akan terus memikul tanggungjawab dan tugas dengan baik dan penuh integriti serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran terkini dalam usaha-usaha membanteras jenayah rasuah,” demikian menurut catatan itu.
Dalam catatan itu, Al-Sultan Abdullah menyarankan semua lapisan rakyat memberi sokongan padu kepada SPRM untuk melaksanakan tanggungjawab dengan telus, profesional dan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Seri Paduka juga menyeru rakyat untuk mengukuhkan lagi iltizam bagi memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
