COVID-19: 317 kes positif baharu hari ini, tiga kluster baharu dikesan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Jumlah kes positif COVID-19 hari ini merekodkan 317 kes, sekali gus mengatasi angka tertinggi semalam dengan 287 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 meningkat kepada 12,088 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes dan mereka diasingkan serta diberi rawatan.

Sementara itu, Dr. Noor Hisyam turut memberitahu pihaknya sedang mengenal pasti tiga kluster baharu yang tercetus di dua negeri, masing-masing dua di Kedah dan satu di Selangor.

Katanya, Kluster Bah Lunas dikenal pasti di Kulim, Kedah dan kes indeks, iaitu kes ke-11,471 adalah membabitkan seorang lelaki tempatan, berusia 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko di Sabah.

“Beliau dikesan positif pada 30 September lalu dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan tiga lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Lunas dikenal pasti.

“Semua kes positif ini membabitkan warganegara dan mereka dimasukkan ke HSB. Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sejumlah 112 individu disaring dan empat daripadanya dikesan positif COVID-19.

“Seramai 21 individu negatif dan 87 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Views:

226
Kongsi :
Previous post Agong zahir tahniah kepada SPRM sempena ulang tahun ke-53
Next post COVID-19: Satu kematian direkodkan
Ubah saiz-+=