Ahli Jawatankuasa DUN Melaka yang baharu dilantik

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

SERI NEGERI 1 Ogos – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini, mengumumkan pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa baharu di bawah Peraturan 25, 26 dan 27 Peraturan-Peraturan Dewan Undangan Negeri Melaka yang baharu.

Ia membabitkan Jawatankuasa Pemilihan, Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan dan Jawatankuasa Perlembagaan dalam kalangan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka.

Usul tersebut telah dibentangkan Datuk Rais Yasin (BN-Paya Rumput) pada hari kedua Persidangan Kedua, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15, di sini.

Rais dalam ucapannya berkata, jawatankuasa baharu itu dilantik selepas keahlian jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik pada 27 Disember 2021 yang lalu terlucut keahlian susulan pertukaran pucuk pimpinan atasan.

Beliau kemudiannya mencadangkan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemilihan iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum, sebagai Pengerusi dan ahli-ahli terdiri daripada Datuk Rahmad Mariman (BN-Ayer Molek); Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan); Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi); Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim); wakil pembangkang dan Setiausaha DUN sebagai setiausaha.

Bagi Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan, ahli-ahli yang dicadangkan ialah Dr. Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban) sebagai Pengerusi; diikuti Timbalannya Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) dan ahli-ahli yang diwakili Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana); Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong); Siti Faizah Abd Azis (BN-Sungai Rambai); Tuminah Kadi @Mohd Hashim (BN-Pantai Kundor), selain Setiausaha DUN sebagai Setiausaha dan Pegawai Kewangan Negeri serta Pengarah Jabatan Audit Negara sebagai ahli turut hadir.

Sementara itu, Jawatankuasa Perlembagaan pula dicadang dipengerusikan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN-Tanjung Bidara) dan ahli-ahlinya terdiri daripada Datuk Rais Yasin (BN-Paya Rumput); Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN-Telok Mas); Datuk Kalsom Noordin (BN-Pengkalan Batu); VP Shanmugam (BN-Gadek); Datuk Rahmad Mariman (BN-Ayer Molek); Seah Shoo Chin (PH-Kesidang); Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam); Zulkiflee Mohd Zin (BN-Taboh Naning); Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (BN-Lendu); Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; Dr. Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban) dan Setiausaha DUN selaku Setiausaha.

Usul yang dicadangkan itu kemudiannya disokong Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN-Telok Mas).

Pada sesi pengundian, usul tersebut telah menerima sokongan majoriti 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang tidak hadir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2470
Kongsi :
Previous post DUN Melaka lulus usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Am Negeri Melaka
Next post Wujudkan pangkalan data longkang tanah – Exco
Ubah saiz-+=