‘Alhamdulillah tak perlu lagi sewa rumah’

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

ASAHAN 5 April – “Alhamdulillah ini adalah berita baik sebelum Aidilfitri apabila saya menerima panggilan telefon mengatakan saya layak menerima Rumah Mesra Rakyat (RMR) selepas hampir setahun menunggu,” kata Nadia Syafiqah Mohd Nadzin, 27, dari Kampung Gapis Nyalas.

Nadia berkongsi kegembiraan apabila penantiannya lebih setahun untuk memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan.

Whatsapp Image 2024 04 05 At 4.23.25 Pm
NADIA Syafiqah.

Katanya, kediaman itu adalah sebahagian daripada perancangannya sebelum mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dan dianggap sebagai mahligai buat dirinya dan bakal suami.

“Agak lama satu tunggu, tetanya-tanya layak atau tidak. Tetapi semalam semuanya terjawab apabila saya menerima panggilan daripada pegawai Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Pagi ini saya datang untuk tandatangan surat tawaran,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Kompleks Japerun Asahan di sini, hari ini.

Whatsapp Image 2024 04 05 At 4.23.26 Pm
NUR Adila.

Sementara itu, Nur Adila Mahmud, 25, dari Kampung Gubah Nyalas bersyukur kerana tidak lagi perlu membayar sewa rumah jika RMR berkenaan sudah siap kelak.

“Sekarang ini saya bersama suami dan seorang anak menyewa di sebuah rumah dengan bayaran RM350 sebulan, biarpun selepas ini tetap perlu bayar RM300 sebulan tetapi ia rumah sendiri.

“Saya mohon Julai 2023, alhamdulillah dapat panggilan tahun ini layak miliki rumah RMR, sudah tentu saya akan manfaatkan rumah ini lebih-lebih lagi ia dibina bersebelahan rumah ibu.

“Terima kasih juga kepada pihak SPNB dan Japerun Asahan memberi peluang kepada saya dan keluarga miliki rumah sendiri di atas tanah sendiri,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

102
Kongsi :
Previous post Rumah Mesra Rakyat tidak boleh disewakan
Next post Dua beradik antara tiga lelaki didakwa rompak berkumpulan guna tukul besi
Ubah saiz-+=