Alibaba.com bantu PKS tempatan pulih melalui sidang dalam talian

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KUALA LUMPUR 14 Mei — Alibaba.com, platform perniagaan ke perniagaan (B2B) yang terkemuka untuk perdagangan global akan menganjurkan sidang kemuncak dalam talian yang pertama selama satu setengah jam bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mengharungi tempoh pemulihan selepas COVID-19, pada 2 petang, 21 Mei ini.

Alibaba.com dalam satu kenyataan berkata webinar itu bertujuan untuk memberi bimbingan, pandangan dan ilham kepada PKS Malaysia agar berkembang dalam perkara norma baharu, ia akan menampilkan penceramah dari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Alibaba.com dan PKS-PKS yang berjaya.

Bertemakan “Go Export 2020: Alibaba.com Malaysia Online Seller Summit”, akan dimulakan dengan ucapan dasar oleh pengarah transformasi dan perdagangan digital Matrade, Noraslan Hadi Abdul Kadir, beliau akan menyentuh mengenai landskap e-dagang dan sokongan yang disediakan untuk perniagaan.

Ketua Alibaba.com Asia Pasifik, Stephen Kuo kemudiannya akan memperkenalkan usaha yang dibuat oleh platform itu bagi menyokong firma-firma menangani tempoh ketidaktentuan ekonomi, berkongsi gambaran pasaran e-dagang global, visi serta tingkah laku pembeli dan trend.

Beliau juga akan memberitahu bagaimana syarikat-syarikat ini boleh mengakses jutaan bakal pembeli di seluruh dunia melalui Alibaba.com.

“Kesan pandemik ini mencerminkan bahawa perniagaan di seluruh dunia perlu memikirkan semula keutamaan perniagaan mereka, berinovasi, dan menggubah kedudukan mereka.

“Syukurlah, perniagaan Malaysia agak unik dan mampu pulih secepat mungkin dengan memanfaatkan peluang merentasi sempadan memandangkan infrastruktur yang mantap yang terdapat di sini, termasuk hab platform perdagangan dunia elektronik yang pertama di luar negara,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat hari ini melalui https://bit.ly/AlibabaGoExport.

— BERNAMA

Views:

530
Kongsi :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous post Melaka beri pengurangan sewa bulanan 50 peratus untuk rumah pangsa, PPR LPM
Next post Sampel ayam dari kilang pemprosesan di pedas bebas Covid-19 – JPV
Ubah saiz-+=