
Melaka beri pengurangan sewa bulanan 50 peratus untuk rumah pangsa, PPR LPM
MELAKA 14 Mei — Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) memberi insentif pengurangan sewa bulanan sebanyak 50 peratus untuk rumah pangsa dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan LPM selama enam bulan mulai Mac lepas.
Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Ali berkata insentif pengurangan itu melibatkan skim sewaan bagi empat projek perumahan iaitu PPR Krubong, PPR Tehel, Rumah Pangsa Kampung Padang dan Rumah Pangsa Pantai Peringgit.
Katanya, pelaksanaan berkenaan membabitkan 1,471 unit rumah dengan implikasi kewangan berjumlah RM991,950.
“Pemberian insentif ini berikutan pelanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 yang telah menyebabkan pendapatan penyewa PPR dan rumah pangsa kerajaan terjejas.
“Ia memberi manfaat dan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat daripada golongan berpendapatan rendah (B40) di negeri Melaka khususnya penyewa dalam tempoh amat mencabar ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MPHTJ TERUS GEMPUR PENIAGA WARGA ASING TANPA LESEN
AYER KEROH 17 Januari - Sebanyak 500 kompaun dikeluarkan dan pelbagai jenis barangan bernilai RM100,000 dirampas Majlis Perbandaran Hang Tuah...
WUJUDKAN KOMPLEKS BATIK DI FELDA HUTAN PERCHA
MACHAP JAYA 17 Januari - Hasrat mahu mewujudkan sebuah kompleks batik di Felda Hutan Percha mampu membantu mempromosikan Dewan Undangan...
TAPAK BAZAR AIDILFITRI DAN PASAR RAMADAN KEKAL SEPERTI TAHUN LALU – MBMB
AYER KEROH 16 Januari - Lokasi dan jumlah pasar Ramadan serta bazar Aidilfitri bagi 2026 dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya...
ISU SEWA, KESELAMATAN ANTARA DISUARAKAN PENIAGA SEBANG SENTRAL
GADEK 16 Januari - Isu keselamatan dan penyelenggaraan bangunan antara perkara yang dibangkitkan pada sesi dialog bersama 35 peniaga Terminal...
PENGANJURAN PELBAGAI PROGRAM PELANCONGAN RANCAKKAN JUALAN KRAFTANGAN
BANDA HILIR 16 Januari - Penganjuran pelbagai program pelancongan bertaraf nasional dan antarabangsa oleh Kerajaan Negeri bermula dengan kempen Tahun...
2 GELANGGANG SEPAK TAKRAW DINAIK TARAF, PERKASA SUKAN KOMUNITI
AYER KEROH 16 Januari - Dua gelanggang sepak takraw di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah...


