Allahyarham Zaidi selamat dikebumi di kampung halaman

Masa Membaca:54 Saat

MACHAP JAYA 19 April – Jenazah Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari, 54 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ihsan, Kampung Tebong Stesyen pada jam 2.45 petang tadi.

Allahyarham disemadikan di kampung halamannya itu selepas selesai solat jenazah kali kedua yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Perjalanan terakhir Allahyarham diiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Suasana hiba mengiringi pemergian beliau di tanah perkuburan berkenaan yang turut dihadiri ahli keluarga dan penjawat awam negeri bagi memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Ke-29 menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.15 pagi tadi selepas dikejarkan ke Hospital Melaka akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia 27 hingga 17 tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

844
Kongsi :
Previous post Panggung Bangsawan Melaka dibuka semula Mei
Next post Melaka mohon 28 SRA baharu
Ubah saiz-+=