Panggung Bangsawan Melaka dibuka semula Mei

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDARAYA MELAKA 19 April – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ‘turun padang’ untuk memantau secara fizikal keadaan di Panggung Bangsawan sebelum ia dibuka semula kepada pengunjung dan pelancong.

Pada lawatan kerja yang berlangsung kira-kira dua jam itu, Ab Rauf turut memeriksa beberapa aspek teknikal panggung berkenaan, antaranya sistem bunyi dan lampu pentas yang digunakan.

Beliau turut berkesempatan menontom persembahan raptai daripada artis terkenal tanah air, Azharina Azhar bersama iringan kumpulan pemuzik yang diketuai Kudin Headwind.

Turut mengiringi Ab Rauf pada sesi lawatan tersebut adalah Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Melaka (MCORP), Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Sa’ari Basiron dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman.

Difahamkan, panggung tertua Negeri Melaka itu akan dibuka semula secara besar-besaran pada 6 Mei depan yang akan dirasmikan Ab Rauf.

Untuk rekod, kerja-kerja menaik taraf panggung berkenaan telah dipertanggungjawabkan kepada MCORP dengan kos berjumlah RM900,000 yang mana kerja-kerja penambahbaikan telah bermula pada Disember tahun lalu.

Panggung berkenaan mampu memuatkan seramai 400 orang pada satu-satu masa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1288
Kongsi :
Previous post Melaka diakui negeri mesra pelabur
Next post Allahyarham Zaidi selamat dikebumi di kampung halaman
Ubah saiz-+=