
Amaran cuaca waspada kuning di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Labuan tamat malam ini
KUALA LUMPUR, 29 Nov – Amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Labuan ditamatkan malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata keadaan di empat negeri itu dijangka bertambah baik.
Amaran cuaca yang ditamatkan itu melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu); Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) serta Labuan.
Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan media sosial atau hubungi talian 1-300-22-1638.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
FESTIVAL SUNGAI MELAKA ‘HIDUPKAN’ EKONOMI KOMUNITI AYER LIMAU
AYER LIMAU 13 September - Festival Sungai Melaka 2026 bukan sekadar memeriahkan kawasan sungai di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)...
WRUR DUN AYER LIMAU SANTUNI SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
AYER LIMAU 13 September - Pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau mendapat sambutan...
HANYA MELAKA ADA WRUR, MUDAHKAN URUSAN SELESAI MASALAH RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Melaka menjadi satu-satunya negeri di Malaysia melaksanakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bertujuan mempermudahkan...
MELAKA TAK ADA MASALAH ‘ORDER’ LAIN DAPAT LAIN, KITA ADA KAMPUNG DIGITAL
KUALA LUMPUR 12 September - Usaha Kerajaan Negeri mentransformasikan 618 Kampung tradisional kepada Kampung Digital iaitu inisiatif pertama seumpamanya di...
AB RAUF PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT, IKHLAS BANTU RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak menunggu...
TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA
AYER LIMAU 12 September - Kreativiti nelayan darat dari beberapa kawasan di utara Melaka mencuri perhatian apabila sebanyak 30 perahu...

