
Kes tetak bekas penyelidik MARDI: 10 individu ditahan
KUALA LUMPUR, 30 Nov – Polis menahan 10 individu yang disyaki terbabit dalam kejadian samun dan tetak seorang bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar mengesahkan penahanan tersebut yang dilakukan setakat malam tadi.
Menurutnya, perincian mengenai tangkapan tersebut akan didedahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin dalam satu sidang media hari ini.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi semalam, Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera di tangan kanan akibat ditetak.
Mangsa dipercayai ditetak dengan parang apabila cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk dari tingkap dapur banglo dua tingkat itu.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
KEM TERENDAK SAKSI KESERASIAN TENTERA DAN MASYARAKAT
SUNGAI UDANG 2 Ogos – Kem Terendak menjadi lokasi mengeratkan hubungan antara warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat menerusi...
PERUNTUKAN RM1 JUTA PERCEPAT USAHA PULIH BEKALAN AIR DI KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 1 Ogos – Peruntukan RM1 juta yang diluluskan Kerajaan Negeri bagi menangani isu bekalan air di Kem Terendak...
800 ATLET ISTIMEWA BERAKSI DI GELANGGANG SUKAN OKU 2026
DUYONG 1 Ogos - Seramai 800 atlet istimewa dari 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) memeriahkan penganjuran Karnival Pertandingan Sukan dan...
LIGA FUTSAL PIALA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA KEMBALI DENGAN FORMAT BAHARU
TANJUNG BIDARA 1 Ogos - Kejohanan Liga Futsal Piala Yang Di-Pertua Negeri Melaka dianjurkan buat kali kedua tahun ini tampil...
MELAKA TERUSKAN KEJOHANAN SUKAN BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 1 Ogos - Penganjuran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Kejohanan Sukan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri...
KEJOHANAN SUKAN MANIFESTASI PENGHARGAAN KERAJAAN NEGERI BUAT WARGA BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 1 Ogos – Penganjuran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati Dan Kejohanan Sukan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri...

