
AMARAN HUJAN LEBAT TAHAP BURUK, WASPADA DI ENAM NEGERI
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda empat daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman selain Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang sehingga esok.
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
Turut dijangka mengalami cuaca sama hingga Khamis di Perak melibatkan kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar, seluruh Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).
Beberapa kawasan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga esok.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu dan menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOPERASI MELAKA DIDEDAHKAN KEPADA AI, TIKTOK SHOP MENERUSI SEMINAR E-COMMERCE
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri menganjurkan Seminar E-Commerce Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang dilaksanakan pada bulan...
WRUR MERLIMAU: MAIM UKIR SENYUMAN DI WAJAH ASNAF
MERLIMAU 14 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited membela kebajikan asnaf dan ia dizahirkan menerusi program Wakil...
GAJI GURU KAFA MELAKA ANTARA TERTINGGI DI MALAYSIA
SERI NEGERI 14 Julai – Kadar gaji minimum RM1,750 sebulan diterima guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Melaka...
RM1.25 JUTA NAIK TARAF KK BUKIT RAMBAI, TINGKATKAN KESELESAAN RAKYAT
SERI NEGERI 14 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah melaksanakan tiga projek naik taraf bernilai RM1.25 juta di...
MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026
SERI NEGERI 14 Julai – Melaka bakal jadi tumpuan negara apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Landskap Negara...
PENDIDIKAN ALIRAN AGAMA MELAKA CEMERLANG
SERI NEGERI 14 Julai – Pencapaian pendidikan aliran agama di Melaka terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila kesemua 10 sekolah aliran...
