MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI DISEMBER TERIMA 8,652 PENGUNJUNG
AYER KEROH 10 Disember – Inisiatif Melaka Bila Larut Malam edisi Disember 2024 merekodkan seramai 8,652 pengunjung dan pelancong yang menikmati tawaran istimewa pada 7 Disember lepas.
Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu membabitkan data kehadiran pengunjung ke sembilan produk pelancongan yang menawarkan tiket masuk pada harga istimewa RM10.
Menurut kenyataan itu lagi, sekitar Bangunan Stadthuys mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dengan 4,002 orang diikuti Malaysia Heritage Studios dengan 1,731 pelawat.
“Selain itu, Melaka River Cruise merekodkan 1,271 orang; Menara Taming Sari (556); Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (133) dan Muzium Penjara Malaysia (57).
“Zoo Melaka 364 orang; Cool Ghost Museum 138 orang; dan Panggung Bangsawan 400 orang menjadikan keseluruhan sembila lokasi menerima 8,652 pelawat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Program Melaka Bila Larut Malam telah diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sebagai usaha untuk terus menggamit kehadiran pengunjung dan pelancong.
Inisiatif itu menawarkan kemasukan ke lokasi pelancongan terpilih di Melaka pada harga serendah RM10 pada setiap kali penganjuran setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAHASISWA UTEM SANTUNI ASNAF, GELANDANGAN KOTA RAYA
DURIAN TUNGGAL 13 Januari - Kelab TUAH Volunteer Team (TVT) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyantuni golongan asnaf dan gelandangan...
I.N.T.E.G.R.I.T.I PEGANGAN PENJAWAT AWAM BERKUALITI
AYER KEROH 13 Januari - Sembilan pemboleh daya berdasarkan akronim INTEGRITI perlu dijadikan panduan untuk menjadi penjawat awam berkualiti, kata...
MELAKA TERUSKAN ANUGERAH ‘THE BEST CEO OF THE YEAR’
AYER KEROH 13 Januari - Bagi memantau dan memastikan prestasi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berkualiti, Anugerah 'The Best CEO of...
MELAKA HAB EKONOMI DINAMIK 2025
AYER KEROH 13 Januari - Melaka mengekalkan sasaran unjuran nilai pelaburan RM5 bilion pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...
8 TERAS BUAT PENJAWAT AWAM, BINA MASA DEPAN MELAKA GEMILANG
AYER KEROH 13 Januari - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menggariskan lapan perkara sebagai teras buat penjawat...
PASTIKAN INISIATIF BAJET 2025 MELAKA SAMPAI KEPADA RAKYAT – KM
AYER KEROH 13 Januari - Semua inisiatif Bajet 2025 Negeri Melaka yang telah dibentangkan 27 Disember lalu perlu dilaksanakan secara...