Anak-anak M40 turut diberikan laptop percuma – Ahmad Zahid

Masa Membaca:2 Minit, 0 Saat

SUNGAI UDANG 10 November – Pelajar sekolah yang terdiri daripada keluarga M40 turut tidak terlepas menerima komputer riba percuma sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob, manifesto itu kini telah diperluaskan kepada golongan M40 yang mana ia sebelum ini hanya dikhususkan kepada golongan B40 sahaja.

“Walaupun tidak dimasukkan dalam manifesto, kumpulan M40 ini menerusi persetujuan Perdana Menteri yang telah berjumpa saya pagi tadi, beliau pada dasarnya telah bersetuju untuk meliputi pembahagian ‘laptop’ ini kepada anak-anak dalam kumpulan M40 di seluruh negara.

“Untuk anak-anak generasi muda kita akan menambah luaskan liputan komunikasi 5G di seluruh negara dalam waktu tersingkat mungkin.

“Janji ini bukan janji palsu, janji ini kita akan laksanakan sepenuhnya menjelang 18 bulan daripada kemenangan kita di Putrajaya, Insyallah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada lawatannya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Terendak Permai, di sini hari ini.

photo1668070074
Pengerusi Barisan Nasional Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Perjumpaan Jentera Barisan Nasional Parlimen Tangga Batu di PDM Bukit Terendak. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Mohamad Ali Mohamad dan Calon BN Parlimen Tangga Batu, Datuk Lim Ban Hong.

Sebelum ini, menerusi manifesto Pelan Amal dan Usaha (PADU), BN mengumumkan dua inisiatif besar iaitu pemberian komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan Internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, manifesto yang ditawarkan kali ini turut menumpukan kepada pembangunan anak muda di negara ini bagi memastikan kemahiran, keusahawanan dan perindustrian dapat memberi manfaat kepada golongan itu.

Menurutnya, antara manfaat yang ditawarkan adalah sebuah skim khas akan diperuntukkan buat anak lepasan sekolah dan golongan yang ingin menyambungkan pengajian dalam bidang perindustrian gig.

“Kita telah merancang akan memperkasa latihan kemahiran untuk mereka yang tidak dapat menyambung pengajian ke institut pengajian tingga awam (IPTA) bagi memastikan peluang pekerjaan ini diberikan kepada mereka seluas-luasnya.

“BN merupakan parti yang melihat kehadapan, anak anak muda juga akan diberikan peluang keusahawanan dan pinjaman selain peluang pekerjaan yang setara dengan rujukan industri seluas-luasnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2252
Kongsi :
Previous post Anggota ATM dilarang berpakaian seragam ketika sertai ceramah PRU – PTU
Next post Jangan cucuk kami, Ismail Sabri tetap PM – Ahmad Zahid
Ubah saiz-+=