Jangan cucuk kami, Ismail Sabri tetap PM – Ahmad Zahid

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

SUNGAI UDANG 10 November – “Jangan timbulkan spekulasi, jangan timbulkan ramalan, jangan cucuk-mencucuk dalam kalangan kami, ‘we have no problem at all.

Itu tegas Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kedudukan Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya parti itu diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Sudah tentunya, apabila parti UMNO dan BN buat keputusan kita akan teruskan bahawa Perdana Menteri kita adalah PM yang sedang menjalankan tugas yang baik di Putrajaya sekarang.

“Saya yakin, kemenangan ini adalah kemenangan yang mutlak dan saya harap secara seriusnya hanya tinggal sembilan hari lagi dan ini akan menentukannya, Insya-Allah.

“Rugilah jika mereka tidak pernah menyesal memilih PH, jika kali ini memilih PN, kerana track record kita (BN) selama 62 tahun memerintah bermula dari dulu didapati membawa kemajuan kepada negara dan di atas sokongan BN ini, kita juga membawa kemerdekaan kepada negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada lawatannya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Terendak Permai, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Mohamad Ali Mohamad dan Calon BN Parlimen Tangga Batu, Datuk Lim Ban Hong.

photo1668071851
Jentera Barisan Nasional Parlimen Masjid Tanah yang hadir sempena Perjumpaan Jentera Barisan Nasional Parlimen Masjid Tanah di Villa D’Aqua, Masjid Tanah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Terdahulu, Ahmad Zahid turut mengadakan pertemuan bersama jentera BN Masjid Tanah, selain turut memberikan semangat kepada calon Parlimen Masjid Tanah Abdul Hakim Abdul Wahid.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1497
Kongsi :
Previous post Anak-anak M40 turut diberikan laptop percuma – Ahmad Zahid
Next post Gali kubur lama perlu ada adab
Ubah saiz-+=