Anak kecil hadir meriahkan majlis berselawat

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

MERLIMAU 26 Mei – Kira-kira 1,000 orang hadir memeriahkan Majlis Jentera Perpaduan Melaka Berselawat yang berlangsung di Dataran Orang Kampung, di sini, malam tadi.

Majlis berselawat itu diadakan bersempena sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023, yang berlangsung selama dua hari sehingga esok.

Tinjauan Melaka Hari Ini di sekitar kawasan dataran itu mendapati ramai ibu bapa yang hadir membawa bersama anak kecil agar dapat turut serta dan mengimarahkan majlis berbentuk keagamaan terbabit.

0d4c4217-9660-4656-ad58-6676e22fbf1c
SITI Faizah (dua dari kanan) bersama Intan Suhana (kanan) menghadiri Majlis Jentera Perpaduan Melaka Berselawat di Dataran Orang Kampung di sini, malam tadi.

Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abdul Azis berkata dengan adanya program berselawat ini ia secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai turut serta dalam ilmu keagamaan.

“Untuk Majlis Jentera Perpaduan Melaka Berselawat pada malam ini, ia bukan sahaja dihadiri oleh Jentera Perpaduan malah terdapat juga pembabitan  pelajar daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Melaka. 

“Selain berselawat majlis turut dimeriahkan dengan persembahan qasidah dan juga ceramah daripada penceramah jemputan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jentera Perpaduan Melaka Berselawat yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Melaka Intan Suhana Yusuff di Dataran Orang Kampung, di sini, malam tadi.

Menurutnya, program keagamaan seperti itu juga secara tidak langsung dapat menarik golongan muda untuk turut serta dan menanamkan nilai murni dalam diri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1736
Kongsi :
Previous post Air nira ‘made in’ Masjid Tanah
Next post Sambutan Hawana 2023 iktiraf peranan media kini bermula
Ubah saiz-+=