
Anak nafi bekas KSN Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menafikan laporan kematian bapanya yang tular di medial sosial.
Ariff Tuah Ahmad Sarji memaklumkan bapanya yang menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras berada dalam keadaan stabil.
“Bagi pihak keluarga Tun Ahmad Sarji, saya sedar perkhabaran yang tular sekarang ini dan ingin mengatakan yang ia tidak benar.
“Dengan rendah hati, saya sekeluarga mohon orang ramai terus doakan Allah SWT menganugerahkan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan untuk ayah saya,” katanya yang turut memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos lalu.
Terdahulu, Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dalam hantaran di Facebook pada Jumaat memaklumkan Ahmad Sarji yang juga pengerusi persatuan itu dimasukkan ke wad ICU COVID-19 kerana komplikasi COVID-19.
Ahmad Sarji, 82, merupakan Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996 ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GAYA PENDEKAR GASING CURI PERHATIAN KETUA MENTERI
TANJUNG BIDARA 28 September - Jika anak 'orang putih' popular dengan permainan yoyo, remaja ini memilih untuk bermain gasing yang...
SARINGAN OKTOBER TENTUKAN KEMASUKAN MURID TABIKA AUTISME KEMAS
DUYONG 28 September - Proses saringan kanak-kanak yang bakal mengikuti Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dilaksanakan sepanjang Oktober...
HAMPIR 400 GURU KEMAS DILATIH KENDALI TABIKA AUTISME
DUYONG 28 September - Hampir 400 guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dilatih Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai persediaan mengendalikan Tabika...
DUA LAGI TABIKA AUTISME KEMAS DIBUKA DI MELAKA JANUARI DEPAN
DUYONG 27 September - Dua lagi Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka di Melaka mulai Januari depan. Ketua...
RM210,000 BANTU 50 PESERTA KEMAS JANA PENDAPATAN
DUYONG 27 September - Sebanyak RM210,000 diperuntukkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi membantu 50 peserta menerusi inisiatif Quick Wins KEMAS...
TIGA TABIKA TUNAS ISTIMEWA KEMAS MELAKA MANFAATKAN LEBIH 30 ANAK AUTISME
DUYONG 27 September - Tiga Tabika Tunas Istimewa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diwujudkan di Melaka sebagai negeri perintis telah...
