Anugerah Projek/Program Terbaik dan Anugerah Kajian Penilaian Outcome jadi acara tahunan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 Mac – Majlis Anugerah Projek/Program Terbaik dan Anugerah Kajian Penilaian Outcome Peringkat Negeri Melaka akan dijadikan anugerah tahunan.

Penganjuran itu bertujuan menghargai peranan jabatan dan agensi dalam melaksanakan pembangunan yang seiring dengan aspirasi kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia sekali gus akan memberi dorongan kepada jabatan dan agensi terbabit untuk terus maju serta memberikan komitmen tinggi dalam pelaksanaan program pembangunan negeri.

“Kita akan teruskan setiap tahun seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Anugerah seperti ini mampu menjadikan jabatan dan agensi lebih berdaya saing sekali gus memberikan kualiti perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Diharapkan lebih banyak penyertaan akan diterima daripada jabatan dan agensi pada masa akan datang, semua ini bertujuan untuk mengiktiraf peranan serta fungsi mereka dalam Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Projek/Program Terbaik dan Anugerah Kajian Penilaian Outcome Peringkat Negeri Melaka 2021 diadakan di sebuah hotel di Jalan Bunga Raya, di sini pagi tadi.

Program anjuran Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO) itu menerima 31 penyertaan daripada 18 jabatan dan agensi.

Sulaiman berkata, anugerah itu juga sejajar aspirasi kerajaan negeri menerusi Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ35) dengan 2022 sebagai tahun kecekapan pelaksanaan.

“Jika 2021 tahun perlaksanaan dan 2022 adalah tahun kecekapan pelaksanaan bagi menjalankan segala perancangan meliput aspek ‘outcome’ pembangunan negeri.

“Kecekapan pelaksanaan ini mesti merangkumi aspek-aspek pemantauan pelaksanaan projek dan program termasuklah di dalam domain pembangunan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1116
Kongsi :
Previous post Melaka tekad musnahkan 10 sarang dadah, sasar penurunan 30 peratus kes menjelang 2025
Next post Penagih sanggup berhabis hampir RM1,400 sebulan beli dadah – Dr Akmal
Ubah saiz-+=