‘Awek kebaya kena saman’

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

Kuala Terengganu: Wanita yang videonya tular menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar serta menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi baru-baru ini, menerima padah apabila didenda RM370 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu.

Menurut Harian Metro, menerusi video berdurasi 14 saat itu, wanita juga Instafamous itu dirakam selamba menunggang motosikal Yamaha RX-Z dengan berpakaian baju kebaya merah di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya.

Katanya, wanita berkenaan sudah dipanggil dan mengakui kesilapannya serta menjelaskan denda bagi dua kesalahan itu.

“Sekarang ramai rakam video menaiki kenderaan sebagai kandungan di media sosial. Tapi kalau langgar undang-undang, ia jadi bukti kepada kami untuk ambil tindakan.

“Jika menerima laporan bergambar atau video berkaitan kesalahan jalan raya seperti tidak memakai topi keledar atau memaparkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, kami akan menjalankan siasatan,” katanya kepada Harian Metro.

Zulkarnain berkata, walaupun video dan bukti itu daripada media sosial peribadi, tindakan akan diambil ke atas pemilik kenderaan.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 bagi setiap satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2541
Kongsi :
Previous post Tujuh terbunuh dalam kejadian tembakan di Geogia, AS
Next post Penganggur mengaku tidak bersalah muat naik video burukkan imej polis
Ubah saiz-+=