
Azalina dilantik Penasihat Khas PM
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi) kepada Perdana Menteri.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Pengerang berkenaan menerusi satu hantaran Facebook beliau hari ini.
“Terima Kasih YAB Datuk Seri Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas kepercayaan. Insya-Allah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.
Difahamkan beliau telah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
Azalina adalah pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen.
Sejak semalam, media sosial tular ucapan tahniah kepada Azalina atas pelantikannya sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KELIMA BUKA TIRAI SECARA RASMI
SERI NEGERI 25 April - Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas membuka tirai secara rasmi,...
EMPANGAN JUS MODEL PERINTIS PROJEK SOLAR HIBRID
KOTA LAKSAMANA 24 April - Projek Ladang Solar Terapung Berkapasiti 90 megawatt alternating current (MWac) di Empangan Jus menjadi model...
MELAKA CADANG DISKAUN 50 PERATUS KADAR PARKIR RNR PINTU GERBANG AYER KEROH
KOTA LAKSAMANA 23 April - Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan diskaun parkir sebanyak 50 peratus kepada mereka yang meletakkan kenderaan...
KRISIS ASIA BARAT: MELAKA TUMPU MODEL TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI
KOTA LAKSAMANA 23 April - Sektor tenaga menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam menangani ketidaktentuan bahan api susulan krisis di...
MELAKA METERAI MOU BANGUNKAN FASILITI INDUSTRI PERTAHANAN
AYER KEROH 23 April - Melaka melakar satu lagi detik penting apabila sebuah memorandum persefahaman (MoU) dimeterai bagi pembangunan fasiliti...
LADANG SOLAR HIBRID PERTAMA MELAKA BEROPERASI 2027
KOTA LAKSAMANA 23 April - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) memeterai kerjasama strategik bersama Jus Power Sdn...
