Baik pulih kerosakan berulang jambatan gantung di Laman Belia

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SUNGAI RAMBAI 19 Julai – Jambatan gantung yang merupakan tarikan pelancong di Laman Belia acapkali rosak akibat aktiviti vandelisme pihak tidak bertanggunjawab.

Perkara itu diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis yang memaklumkan kerja baik pulih jambatan gantung itu juga sering dilakukan setiap kali masalah itu berlaku.

Katanya, kerosakan itu bukan berlaku sekali dua malah berulang kali malah kerja baik pulih jambatan gantung itu baharu sahaja dilakukan beberapa bulan lalu, namun berlaku kerosakan akibat pihak tidak bertanggungjawab.

“Jambatan gantung sepanjang kira-kira 200 meter itu adalah tarikan pelancong yang singgah ke Laman Belia, jadi apabila berlaku kerosakan mengakibatkan orang ramai tidak boleh melaluinya kerana dikhuatiri membahayakan keselamatan.

“Jadi, saya minta Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) laksanakan kerja baik-pulih jambatan itu supaya orang ramai boleh menggunakannya dengan selamat. Alhamdulillah, pihak MPJ memberi kerjasama dengan baik,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam pada itu, Siti Faizah berkata, kerja membesarkan jambatan di Kampung Parit Daka selesai dilaksanakan bagi memudahkan perjalanan pekebun dan peladang keluar masuk ke ladang masing-masing menggunakan infrastuktur berkenaan.

“Kita laksanakan pembaikan jalan ladang dan pembesaran jambatan sejauh kira-kira tiga kilometer untuk keselesaan pekebun dan peladang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2056
Kongsi :
Previous post Sebahagian Balai Bomba Jalan Kubu dijadikan muzium
Next post Pengarah JBPM Melaka antara tiga atlet ke Belanda
Ubah saiz-+=