Bajet 2022: Peruntukan khas untuk kuil dan sekolah masyarakat India

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 17 Dis – Kerajaan negeri diharap dapat menyediakan peruntukan khas dalam pembentangan Bajet Melaka 2022, khusus dalam memastikan kemajuan masyarakat India di negeri ini.

Pengerusi MIC negeri VP Shanmugam berkata, seperti negeri- negeri lain yang ada tersedia peruntukan khas buat masyarakat India, beliau berharap di Melaka, dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali turut mempunyai peruntukan sama.

Beliau berkata, susulan pandemik COVID-19 yang melanda sudah pasti banyak pihak yang terkesan dan perlu dibantu untuk mengembalikan semula pentadbiran dan perancangan.

“Saya selaku Ketua MIC Melaka memohon Ketua Menteri untuk memberi peruntukan khas diberikan kepada kuil dan sekolah demi memastikan kemajuan masyarakat India di Melaka.

“Seperti negeri lain mereka ada peruntukkan itu contohnya di Johor mereka terima sejumlah RM2 juta untuk kemajuan masyarakat India.

“Dengan peruntukan itu nanti kita dapat membantu dan rakyat sama- sama dapat merasai,” katanya ketika dihubungi MHI.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek berkata, jumlah peruntukan khas itu bagaimanapun terserah kepada kerajaan negeri untuk menentukannya.

“Saya tidak meletakkan sebarang jumlah ia terpulang kepada budi bicara ketua menteri tetapi dengan peruntukkan itu kita boleh membantu banyak kuil dan sekolah yang menghadapi kesukaran disebabkan pandemik COVID-19.

“Dengan peruntukan itu kita akan dapat menyediakan kemudahan yang dapat meningkatkan pembangunan masyarakat India di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1144
Kongsi :
Previous post Rakyat sokong pengambilan dos penggalak demi keselamatan diri
Next post Nelayan bina surau untuk pengunjung Pantai Puteri
Ubah saiz-+=