
Bajet 2023: Kerajaan cadang pengecualian cukai bagi galak wanita kembali bekerja
Katanya bagi memperkasa peranan wanita di peringkat kepimpinan korporat, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita.
Kerajaan juga akan mengenal pasti dan seterusnya menambah bilangan wanita yang layak untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, kata Tengku Zafrul semasa membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.
Setakat Oktober 2022, wanita memegang 29 peratus daripada komposisi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat senaraian awam utama.
“Kesemua 100 syarikat ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah mereka,’’ katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
GAYA PENDEKAR GASING CURI PERHATIAN KETUA MENTERI
TANJUNG BIDARA 28 September - Jika anak 'orang putih' popular dengan permainan yoyo, remaja ini memilih untuk bermain gasing yang...
SARINGAN OKTOBER TENTUKAN KEMASUKAN MURID TABIKA AUTISME KEMAS
DUYONG 28 September - Proses saringan kanak-kanak yang bakal mengikuti Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dilaksanakan sepanjang Oktober...
HAMPIR 400 GURU KEMAS DILATIH KENDALI TABIKA AUTISME
DUYONG 28 September - Hampir 400 guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dilatih Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai persediaan mengendalikan Tabika...
DUA LAGI TABIKA AUTISME KEMAS DIBUKA DI MELAKA JANUARI DEPAN
DUYONG 27 September - Dua lagi Tabika Autisme Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka di Melaka mulai Januari depan. Ketua...
RM210,000 BANTU 50 PESERTA KEMAS JANA PENDAPATAN
DUYONG 27 September - Sebanyak RM210,000 diperuntukkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi membantu 50 peserta menerusi inisiatif Quick Wins KEMAS...
TIGA TABIKA TUNAS ISTIMEWA KEMAS MELAKA MANFAATKAN LEBIH 30 ANAK AUTISME
DUYONG 27 September - Tiga Tabika Tunas Istimewa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diwujudkan di Melaka sebagai negeri perintis telah...

