Bajet 2023: Melaka harap pelancongan, naik taraf infrastruktur diberi keutamaan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 September – Kerajaan Negeri berharap agar sektor pelancongan dan pembangunan insfrastruktur khususnya membabitkan jajaran jalan raya di Negeri Melaka diberi keutamaan dalam pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, sebagai sebuah negeri pelancongan, beliau turut mengharapkan bajet untuk pelancongan dapat dipertingkatkan kepada Negeri Melaka yang masih dalam fasa pemulihan sejak pandemik COVID-19 melanda.

Katanya, hal itu kerana di negeri itu terdapat banyak kawasan pelancongan dan lokasi serta bangunan warisan yang perlu dibaik pulih dan dijaga.

“Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan, kita berharap pada Bajet 2023 ini khusus untuk sektor pelancongan dan juga sistem jajaran jalan raya di Negeri Melaka dapat dipertingkatkan lagi.

“Sebagaimana kita sedia maklum, jajaran jalan dalam negeri ini terutama di Bandar Melaka, trafik agak padat dan saya harap jajaran baharu dan yang sedia ada dapat diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pesta Buku Melaka 2022 di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) Rosli Abdullah; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Khaidirah Abu Zahar dan Pengarah Perpustam Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2311
Kongsi :
Previous post Solat jenazah ghaib ke atas Sheikh Yusuf al-Qaradawi di tiga masjid malam ini
Next post Kes culik: Melaka bakal bermesyuarat, tingkat keselamatan di sekolah
Ubah saiz-+=