
Bakal haji DUN Pengkalan Batu diraikan
PENGKALAN BATU 8 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin sempat meluangkan masa meraikan bakal jemaah haji dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebelum kesemua mereka berangkat ke tanah suci.
Kalsom yang lebih mesra dipanggil Kak Som, dalam satu program meraikan kesemua 17 bakal jemaah termasuk sembilan wanita di Masjid As-Syakirin, Pasir Puteh Bachang, baru-baru ini.
Pada program itu, Exco Hal Ehwal Wanita berkenaan turut menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah yang berangkat pada Ahad.
Dikesempatan itu juga, Kalsom turut menitipkan doa agar kesemua bakal jemaah haji itu diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di Baitullah.
“Diharap juga kesemua mereka diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah dan dikurniakan Haji yang mabrur,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
USAHAWAN MELAKA PERLU BERANI BERUBAH, MANFAAT TEKNOLOGI DIGITAL
BANDA HILIR 20 Mei – Usahawan di negeri ini diseru untuk berani melangkah ke hadapan dan merebut peluang yang disediakan,...
TIMBALAN MENTERI PUJI INISIATIF WRUR SELAMI MASALAH RAKYAT
KOTA LAKSAMANA 20 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dilaksanakan di negeri ini disifatkan sebagai platform terbaik...
PERNAH HIDUP SUSAH, PELAJAR CEMERLANG SPM MAHU UBAH NASIB KELUARGA
MACHAP JAYA 20 Mei - Kejayaan meraih keputusan cemerlang 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menjadi hadiah paling bermakna...
JAMBATAN KERETA API LAMA TEBONG STESEN SIMBOL WARISAN
MACHAP JAYA 20 Mei - Tersergam merentasi masa, jambatan kereta api lama di Kampung Tebong Stesen terus berdiri utuh dan...
668 JEMAAH ‘LITTLE CALIPHS’ TUNAI HAJI
DURIAN TUNGGAL 20 Mei - Little Caliphs International Sdn Bhd (Little Caliphs) terus memperkasa pendidikan Islam menerusi Program Little Hajj...
BURU MADU LEBAH, BIAK BAKA KAMBING ‘HEALING’ CARA IMAM RASIP
MACHAP JAYA 20 Mei - Memburu madu lebah, membiak baka kambing dan melakukan kerja kampung termasuk menoreh getah menjadi aktiviti...
