Bangunan baru MBMB tunggu persempadanan selesai diwartakan

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 15 Jan – Projek pembinaan bangunan baharu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bernilai RM140 juta di Klebang akan diteruskan selepas persempadanan kawasan antara MBMB dan Majlis Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diwartakan.

Exco Kerajaan Tempatan negeri Datuk Zaidi Attan berkata, projek tersebut terpaksa dihentikan pembinaannya pada tahun 2018 disebabkan beberapa faktor yang melibatkan kepentingan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Ia menurutnya, mengambil kira soal nilai pasaran cukai dan hartanah, nilai aset domestik serta komersil selain beban kerja antara PBT terlibat.

“Sama ada perlu atau tidak untuk meneruskan pembinaan bangunan baharu MBMB itu, bergantung pada pewartaan sempadanan antara MBMB dan MPHTJ.

“Kita baharu mendapat keputusan persempadanan semula kawasan antara dua PBT ini daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) minggu lalu.

“Jika bangunan MBMB kekal di kawasan sedia ada, maka projek bangunan baharu MBMB di Klebang tidak akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat sempena pembukaan rasmi ‘Leypark Station’ di Dataran Ayer Keroh di sini malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

Zaidi mengulas mengenai perkembangan projek pembinaan bangunan baharu MBMB yang dihentikan pada tahun 2018 atas pelbagai faktor antaranya termasuk kos kira-kira RM400 juta yang perlu ditanggung MBMB dalam tempoh 25 tahun sekiranya pembinaan bangunan baharu itu diteruskan.

Bangunan sedia ada MBMB di Ayer Keroh terletak di dalam kawasan MPHTJ dan berhadapan dengan bangunan MPHTJ.

Projek pembinaan bangunan baharu MBMB setinggi tujuh tingkat di kawasan seluas enam hektar di Klebang menelan kos sebanyak RM140 juta.

Bagaimanapun ia dihentikan pada 2018 atas beberapa faktor, termasuk kos kira-kira RM400 juta yang perlu ditanggung MBMB dalam tempoh 25 tahun sekiranya pembinaan bangunan baharu itu diteruskan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1242
Kongsi :
Previous post Rumah Transit akan dibina setiap DUN- KM
Next post Pihak berkuasa tempatan di Melaka bakal berwajah baharu
Ubah saiz-+=