Pihak berkuasa tempatan di Melaka bakal berwajah baharu

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 15 Jan – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menjalankan transformasi terutama membabitkan infrastruktur dan pembangunan peniaga kecil.

Exco Kerajaan Tempatan negeri Datuk Zaidi Attan berkata, kerajaan negeri menerusi empat PBT di negeri ini sedang giat melaksanakan usaha ‘wajah baharu’ kawasan perniagaan khususnya penjaja kecil di Melaka.

Katanya, usaha itu selaras dengan Manifesto Barisan Nasional (BN) di bawah teras kedua, iaitu menyokong kelangsungan perniagaan dengan memperbanyak tempat berniaga yang dilengkapi infrastruktur asas yang lengkap, dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN.

“Transformasi ini meliputi membangunkan pusat penjaja yang mempunyai infrastruktur lengkap, selain menyusun semula pasar malam, pasar serta bazar ramadan pada bulan puasa nanti.

“Peluang perniagaan ini juga meliputi peluang baharu dan lama yang diwujudkan di semua kawasan PBT,” katanya kepada pemberita selepas melawat pembukaan rasmi ‘Leypark Station’ di Dataran Ayer Keroh di sini malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

ZAIDI (dua dari kiri) bersama Shadan melawat pembukaan rasmi ‘Leypark Station’ di Dataran Ayer Keroh di sini.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan berkata, perubahan itu bagi bertujuan untuk membantu golongan peniaga menjana pendapatan baharu.

“Kita mahu peniaga kecil ini meningkatkan pendapatan atau menambah keuntungan lebih-lebih lagi dalam penularan COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1061
Kongsi :
Previous post Bangunan baru MBMB tunggu persempadanan selesai diwartakan
Next post Gotong-royong bersihkan kawasan perkuburan tanggungjawab bersama
Ubah saiz-+=