
Banjir: 449 mangsa di Selangor, Johor dan Melaka dipindahkan ke PPS
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Seramai 449 mangsa daripada 120 keluarga di Johor, Melaka dan Selangor dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir setakat 8 pagi ini.
Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada jam 8 pagi ini, yang dimuat naik di Facebook rasminya, 202 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka semalam di Kluang, Johor.
Tiga PPS di Kluang adalah Dewan Kolam Air, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kenchana dan SK Sungai Linau manakala di Melaka, ia melibatkan daerah Jasin dengan seramai 40 individu daripada 11 keluarga dipindahkan di PPS SK Parit Penghulu, yang dibuka Selasa (8 Mac).
Sementara itu, di Selangor, seramai 207 individu daripada 55 keluarga di daerah Kuala Langat dan Sepang, dipindahkan ke empat PPS yang beroperasi.
Kesemua PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang dan SK Kota Warisan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ‘KILANG’ PEKERJAAN, KADAR PENGANGGURAN RENDAH
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Anak Melaka mempunyai prospek pekerjaan yang cerah susulan perkembangan sektor perindustrian yang terus membuka lebih...
MPHTJ TINGKAT OPERASI PREMIS WARGA ASING
AYER KEROH 5 Oktober - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh...
MeSRa: ANAK MUDA MELAKA DIBERI RUANG BERSUARA, BELAJAR MEMIMPIN
AYER KEROH 5 Oktober - Golongan belia di Melaka terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, mengasah kepimpinan serta memahami proses...
MAIM SALUR LEBIH RM6 JUTA UNTUK BANTUAN PERUBATAN, KOS DIALISIS
KOTA LAKSAMANA 5 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membelanjakan lebih RM6.7 juta bagi tujuan bantuan berkaitan perubatan dan...
DISKAUN KOMPAUN MBMB RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TINGKATKAN JUMLAH KUTIPAN HASIL
AYER KEROH 5 Oktober - Kutipan hasil kompaun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi kaunter bergerak Program MBMB Mesra (MeSRA)...
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
