
Banjir: Dua PPS dibuka di Gua Musang babitkan 129 mangsa
KOTA BHARU, 17 Dis – Seramai 129 orang daripada 20 keluarga di Gua Musang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 pagi tadi, selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak tiga hari lepas.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan daerah Gua Musang, Mohd Yussalmi Mohd Yusoff berkata dua PPS dibuka adalah Dewan Orang Ramai, Chiku 7 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi (1) yang mula diaktifkan pukul 9 pagi ini.
“PPS Dewan Orang Ramai, Chiku 7 menempatkan seramai 102 orang melibatkan 16 keluarga manakala PPS SK Limau Kasturi (1) pula menempatkan empat keluarga membabitkan 27 orang,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Yussalmi berkata beliau menjangkakan jumlah mangsa banjir di dua PPS tersebut akan bertambah memandangkan hujan masih berterusan di kawasan itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO
AYER KEROH 25 Mei - Pengalaman memegang tiga portfolio Exco Kerajaan Negeri meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit dan cabaran sepanjang...
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
