
Banjir: Kebajikan mangsa terjejas diberi perhatian sewajarnya – KM
AYER LIMAU 19 Dis – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan memastikan bantuan dan kebajikan mangsa banjir diberikan sewajarnya.
Menerusi catatan Facebook rasminya, beliau mengunjungi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dalam lawatan kerjanya hari ini.
Katanya, dalam lawatan itu beliau sempat meninjau keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Paya Lebar.

“Saya dimaklumkan terdapat 44 mangsa banjir mewakili enam keluarga ditempatkan di PPS Paya Lebar.
“Saya berharap mangsa-mangsa banjir terus tabah dengan dugaan dan memastikan bantuan serta kebajikan mereka yang terkesan diberi perhatian sewajarnya,” katanya.
Hadir sama dalam lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
MINAT BERTANI BAWA ‘MAMA’ KE KURSUS BAJA ORGANIK
AYER LIMAU 10 September - Hobi bercucuk tanam di kebun kecil berhampiran rumah bukan sekadar mengisi masa lapang buat Jamilah...
MASJID BAHARU BAKAL PERMUDAH URUSAN IBADAH PENDUDUK BERTAM
PAYA RUMPUT 10 September – Pembinaan masjid kariah baharu di Taman Desa Bertam membawa khabar gembira buat penduduk setempat apabila...
HADIAH LUMAYAN UNTUK PEMINJAM TAPEM KONSISTEN LUNAS PINJAMAN
AYER LIMAU 10 September - Peminjam Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang konsisten melunaskan bayaran pinjaman berpeluang membawa pulang...
