Banjir kilat melanda, pelanggan Cendol Kampung Hulu tetap setia
BANDARAYA MELAKA 6 Mei – Meskipun kedai dinaiki air akibat limpahan Sungai Melaka namun pelanggan Cendol Kampung Hulu tetap sabar menunggu air surut untuk menikmati hidangan pencuci mulut ikon Melaka itu.
Pemiliknya, Farizal Mustaffa,46 berkata hujan lebat sejak awal pagi tadi mengakibatkan kedai makanannya dinaiki air setinggi paras lutut.
Katanya, dia yang baharu memulakan operasi perniagaannya hari ini selepas empat hari bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri menganggap kejadian itu permulaan rahmat kepadanya.
“Saya sampai di kedai jam 8 pagi tadi, air sudah naik hingga ke paras lulut, namun ia beransur surut setakat jam 12 tengah hari tadi.
“Bagaimanapun, pelanggan terutamanya yang datang dari luar Melaka sudah menunggu hingga air surut, kita bertungkus-lumus untuk mengemas kawasan kedai bagi memastikan pelanggan duduk selesa.
“Buat masa ini kami fokus kepada pelanggan yang membeli secara pandu lalu,” katanya.
Dia berkata, banjir hari ini adalah yang ketiga melanda kedai makanannya dan dia menyifatkan ia perkara biasa setiap kali hujan lebat berterusan.
“Alhamdulillah, kejadian yang menimpa pagi ini saya anggap permulaan rahmat daripada-Nya, mungkin Dia mahu bagi rezeki lebih lagi selepas ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA PERKENAL PERTANDINGAN KONDA KONDI ALAF BAHARU TAHUN DEPAN
AYER KEROH 8 Disember - Selepas kejayaan menganjurkan pertandingan dam aji terbesar, Kerajaan Negeri Melaka akan mengangkat martabat satu lagi...
MELAKA CATAT 12.5 JUTA PELANCONG SETAKAT NOVEMBER
AYER KEROH 8 Disember - Melaka berjaya catat lebih 12.5 juta pelancong setakat November 2024, sekali gus menghampiri sasaran 15...
KARNIVAL KPDN ZON SELATAN CATAT KUTIPAN JUALAN TERTINGGI RM2.7 JUTA
AYER KEROH 8 Disember - Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Zon Selatan berjaya catat kutipan...
BEBERAPA KAWASAN DI 11 NEGERI DIRAMAL ALAMI HUJAN LEBAT, ANGIN KENCANG PETANG INI
KUALA LUMPUR 8 Disember - Beberapa kawasan di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan...
HARGAI, KENALI DIRI JIKA MAHU BERJAYA
DURIAN TUNGGAL 8 Disember - Kunci kepada sebuah kejayaan adalah apabila seseorang itu mampu mengenali dan menghargai diri sendiri. Itu...
KPM DALAM PROSES NILAI KEROSAKAN SEKOLAH TERLIBAT BANJIR – FADHLINA
BUTTERWORTH 8 Disember - Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri...