Banjir: Lima PPS ditutup, jumlah mangsa menurun

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 4 Jan- Jumlah mangsa banjir di Melaka direkodkan berkurangan dengan seramai 2,155 mangsa ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat jam 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, lima PPS telah ditutup sementara 18 PPS yang masih dibuka.

Katanya, setakat ini daerah Alor Gajah terdapat enam PPS dibuka, Melaka Tengah, masih kekal dengan sembilan PPS, manakala tiga PPS dibuka di Daerah Jasin.

“Lima PPS ditutup iaitu empat PPS dalsm Daerah Alor Gajah iaitu PPS Balai Raya Gadek, SRA Jaim Jelatang, Surau Kampung Jeram, SK Alor Gajah 1 manakala satu PPS di SK Chinchin dalam Daerah Jasin juga ditutup.

“Jumlah mangsa tertinggi di PPS pada ketika ini ialah di PPS SK Krubong iaitu seramai 320 mangsa, PPS SK Taman Merdeka (212) dan PPS SK Gangsa (230).

“Jumlah kawasan terjejas kekal kepada 34 kawasan membabitkan 14 di daerah Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan 11 di Jasin,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata di Alor Gajah, kawasan terjejas melibatkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

Manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tambhy Chik Karim, Rumah Awam Peringgit dan Kampung Bachang Darat, Balai Panjang dan Bertam Malim.

Di Jasin pula, kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya, Kampung Tasek, Kampung Chinchin, Kampung Sungai Dua Asahan, Chinchin Hulu, Chohong, Chenderah, Kampung Kumpai dan Jalan Simen

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

618
Kongsi :
Previous post Banjir: RTB jangka pendek Melaka diluluskan RM8 juta – PM
Next post Isu peranti pengesanan digital terjejas selesai – Quickmed
Ubah saiz-+=