
Banjir: Mangsa di Melaka dijangka terus meningkat
MELAKA 2 Mac – Mangsa banjir di Melaka dijangka terus meningkat apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada 7.30 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan PPS terbaharu itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, Sungai Rambai yang kini dalam proses pendaftaran.
Menurut kenyataan itu, setakat jam 8 malam tadi, mangsa banjir di dua daerah kekal 78 orang membabitkan 20 keluarga.
Mangsa tertinggi direkodkan ialah di daerah Jasin iaitu membabitkan 66 orang yang mana 36 daripadanya ditempatkan di PPS SK Chohong, manakala 30 lagi di PPS SK Seri Mendapat.
Manakala di daerah Alor Gajah, sejumlah 12 mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun.
Setakat ini, terdapat 12 kawasan masih terjejas banjir iaitu Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek, Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau dalam daerah Alor Gajah.
Daerah Jasin pula membabitkan Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong, Simpang Bekoh dan Kampung Tersusun Seri Mendapat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KELUARGA NELAYAN DI SERKAM DAPAT HADIAH PALING BERMAKNA
SERKAM 28 Ogos - Selepas tujuh tahun menetap di rumah sewa, impian Kharon Tahir, 63, untuk memiliki kediaman sendiri bersama...
PINGAT KHIDMAT LAMA IKTIRAF JASA ‘PENJAGA’ PARIT DAN SALIRAN MELAKA
SERI NEGERI 28 Ogos - Lebih 23 tahun menabur bakti bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjadikan Mohamad Saleh Mamat,...
PANTAI SIRING BAKAL JADI ‘PERMATA’ PELANCONGAN PESISIR SELATAN MELAKA
SERKAM 28 Ogos - Pantai Siring bakal ditransformasi sebagai destinasi pelancongan baharu di pesisir selatan Melaka menerusi pembangunan secara berperingkat...
MELAKA MENUJU ‘NO MICROWAVE POLICY’, BERALIH KE GENTIAN OPTIK
SERI NEGERI 28 Ogos - Melaka sedang bergerak ke arah pelaksanaan 'No Microwave Policy' dengan memperluas penggunaan gentian optik berkapasiti...
MELAKA CIPTA SEJARAH, 5 KAPAL TLDM BERLABUH SEMPENA MERDEKA
SERKAM 28 Ogos - Melaka mencipta sejarah apabila lima kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan berlabuh di perairan...
‘SIBUK MACAM MANA PUN, MESTI NAK JENGAH RAKYAT’
SERKAM 27 Ogos - Kesibukan mengurus pentadbiran negeri bukan alasan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk...
