
Banjir: Mangsa di Melaka hanya tinggal 37 orang
AYER KEROH 24 Dis – Mangsa banjir di Melaka terus menurun kepada hanya 37 orang setakat jam 8 malam ini, kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.
Pengarah APM Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu membabitkan 29 mangsa di daerah Jasin dan lapan di Alor Gajah.
Katanya, kesemua mereka ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu Benteng di Jasin.
Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 15 kawasan di Alor Gajah masih terjejas dengan banjir iaitu Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Jeram, Kampung Taboh Naning, Pekan Lubok China dan Taman Seri Bayu.
Ia turut melibatkan Kampung Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Paya Lebar, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Pulau, Kampung Gangsa dan Kampung Gadek Dalam.
Manakala di Jasin pula, membabitkan Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Lubuk Kasau, Tanjung Labuh, Kampung Tersusun Rambai Jaya, Batu 16 Jasin dan Tehel.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO
AYER KEROH 25 Mei - Pengalaman memegang tiga portfolio Exco Kerajaan Negeri meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit dan cabaran sepanjang...
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
